• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Skuad Banjir Hulur Bantuan, Bersih Rumah Penduduk

KUALA TERENGGANU, 8 Disember - Skuad Banjir Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang menghulurkan pelbagai bantuan pasca banjir kepada mangsa yang terjejas dalam gelombang ketiga banjiir baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar berkata skuad yang ditubuhkan oleh Pusat ADUN Ladang itu dianggotai Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Muslimat, Pemuda dan Ameerah DUN tersebut. 

"Sudah dua hari mereka bekerja, membersih rumah-rumah yang telah terlibat dengan banjir, bersih semua barang-barang yang ditenggelami air, banyak juga barang terpaksa dibuang kerana sudah rosak dan tidak boleh digunakan seperti tilam," katanya.

Tengku Hassan berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa sedang meninjau kerja-kerja membersih rumah-rumah di Bukit Kecil yang teruk ditenggelami air semalam.

Katanya lagi, skuad tersebut turut menghulurkan makanan tengah hari dan juga barang-barang keperluan dapur.

"Jika ada lagi keperluan yang nak kita bantu, insya-Allah kita akan bantu," ujarnya lagi.

 


Tag: