• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

Skuad Sukarelawan AMBS Bantu Mangsa Ribut



Oleh: Adli Mohamad

Skuad Sukarelawan Kemanusian Bencana AMBS telah menggerakkan bantuan kemanusiaan bagi membantu mangsa bencana ribut di Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS) , Dungun. 

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, skuad berkenaan diwujudkan bagi mempercepatkan proses membaiki dan membaik pulih rumah-rumah mangsa serta memindahkan pokok-pokok yang tumbang.

“Ianya ditubuhkan bagi memastikan penduduk dapat mendiami rumah dengan keadaan selesa.

"Kita telah membahagikan skuad sukarelawan ini kepada beberapa kumpulan dimana setiap kumpulan diangotai oleh empat orang yang diketuai seorang tukang mahir," ujarnya ketika ditemui pemberita di lokasi berkumpul para sukarelawan di Pusat Khidmat Bukit Besi, semalam.


Katanya, kira-kira 201 buah rumah terlibat dengan bencana itu.

"Rumah yang ditimpa bencana ribut di AMBS mengikut taman ialah Taman Indah (36), Taman Madani (26), Taman Abadi (35).

"Taman Mulia ( 20), Taman Setia (59), Taman Bakti (23) dan Taman Selesa (2),” ujarnya.


Katanya, beliau mengharapkan skuad sukarelawan yang ditubuhkan dapat menyegerakan pertolongan kepada penduduk setempat.

Beliau juga berterima kasih kepada pihak-pihak  yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa diatas bencana yang berlaku.

"Kita mendoakan agar bencana ini tidak akan terus berlaku dan semoga ujian ini akan menatijahkan pahala kepada penduduk yang ditimpa dan juga kepada pihak yang telah membantu," katanya.

Tag: