• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

SMK Sultan Ahmad Johan Perbarisan Hari Kebangsaaan Ke-61



Pemenang Hadiah Kategori Ketua Perbarisan Terbaik  (kanan) menerima hadiah dari Tengku Muhammad Ismail (tengah).- Foto Solahuddin Al-Idrus


KUALA TERENGGANU - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad diisytiharkan sebagai Johan Keseluruhan Pertandingan Perbarisan Hari Kebangsaan 2018 Peringkat Negeri Terengganu membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM5,000 dan Piala Kejohanan.

Serentak itu, Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Ibni Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan itu dan pemenang-pemenang yang lain di Dataran Batu Burok, di sini, kelmarin (31 Ogos).

Sementara itu, Ketua Pasukan Pancaragam PKBM SMK Seri Nering dinobatkan sebagai Ketua Perbarisan Terbaik 2018 dengan membawa pulang hadiah bernilai RM500, Piala dan Sijil.

Bagi Ketagori Sekolah Menengah Tidak Beruniform, SMK Sultan Ahmad mendapat tempat pertama dengan membawa hadiah kemenangan bernilai RM4 Ribu, Piala dan Sijil.

Sementara SMK Belara tempat kedua dengan membawa hadiah kemenangan bernilai RM2 Ribu dan Sijil manakala SMK Seri Nilam mendapat tempat ketiga membawa hadiah bernilai RM2 Ribu dan Sijil.

Bagi Kategori Jabatan Kerajaan Tidak Beruniform pula tempat pertama disandang oleh Kontinjen Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus, Pejabat Daerah dan Tanah Setiu (kedua), Pejabat Daerah dan Tanah Besut (ketiga).

Johan Badan Berkanun Tidak Beruniform (kanan) menerima hadiah dan piala dari Tengku Muhammad Ismail (tengah).


Untuk Badan Berkanun Tidak Beruniform, tempat pertama dimenangi oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Yayasan Islam Terengganu (kedua) dan Yayasan Terengganu (ketiga).

Jabatan Kerajaan atau Badan Berkanun, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta Beruniform, tempat pertama, Kesatria Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (kedua) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (ketiga).

Bagi Kategori Swasta, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan IPT tidak beruniform tempat pertama, PETRONAS, Universiti Malaysia Terengganu (kedua) dan TATIUC (ketiga).
Manakala Pasukan Sekolah Menengah Beruniform Sekolah, tempat pertama PKBM (Darat) SMK Seri Nering, Kadet Polis SMK Sultan Sulaiman (kedua) dan PKBM (Darat) SMK Ibrahim Fikri (ketiga).

Bagi Ketegori Pancaragam Sekolah, tempat pertama SMK Sultan Sulaiman, SMK Chung Hwa Wei Sin Kuala Terengganu (kedua) dan Pasukan Elit SMK Lembah Bidong (ketiga).
Tujuh Kategori dipertandingkan dengan penglibatan 84 pasukan dan penyertaan seramai 3262 peserta. Sebanyak 22 pasukan lain tidak menyertai pertandingan tersebut.


Tag: