• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

SMK Tengku Mahmud Rangkul Juara Inovasi Peringkat Antarabangsa

KUALA TERENGGANU, 29 Mac – Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud (TMS) berjaya dinobatkan sebagai pemenang utama dalam Asian Youth Innovation Award 2022 anjuran Malaysia Technology Expo (MTE) baru-baru ini. 

Lebih menarik, TMS menjadi satu-satunya peserta peringkat sekolah yang bersaing dengan peserta terdiri daripada golongan pelajar universiti tempatan dan luar negara. 

Penolong Kanan Kokurikulum TMS, Mohd Syamri Abd Razak berkata, pertandingan berkenaan merupakan penyertaan kali pertama pihak TSM dalam bidang inovasi.

"Kita tidak menyangka berjaya merangkul emas bagi kategori ini walaupun lawan kita daripada institusi-institusi pengajian tinggi yang lebih hebat.

“Seramai lima orang pelajar menjadi wakil dalam acara inovasi tersebut yang diadakan secara atas talian dengan persediaan bagi menyertai acara ini bermula sejak November 2021 antara guru serta pelajar kita," katanya apabila dihubungi Urusetia Penerangan Darul Iman, hari ini.

Jelasnya, inovasi pilihan dihasilkan TMS adalah pembuatan kertas daripada batang pokok pisang yang mampu meningkatkan penggunaan tanaman tersebut dalam lebih banyak aspek.

 

 


Tag: