• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Sokongan Masyarakat India Terhadap PN Sangat Positif

KUALA TERENGGANU, 14 November – Sokongan masyarakat India terhadap Perikatan Nasional (PN-PAS) di Kuala Terengganu dilihat cukup baik.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata sokongan itu dapat dilihat melalui program anjuran pihaknya yang dihadiri ramai kaum terbabit.

Katanya, ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri sentiasa cakna kepada semua bangsa tidak mengira kaum dan agama di negeri ini.

"Kerajaan negeri sentiasa mendekati semua kaum serta membantu mereka melalui i-bantuan, pencen rakyat dan sebagainya bagi kebajikan semua.

“Selama tempoh empat tahun kerajaan negeri memerintah, pelbagai sumbangan dan manfaat diberikan kepada semua rakyat Terengganu ,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Deepavali bersama masyarakat india Kuala Terengganu bertempat di Sumai Hotel semalam.

Turut hadir, Calon Parlimen Kuala Terengganu, Dato' Amzad Hashim dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan, Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah,

Tambah Hanafiah, Kerajaan negeri juga telah menunaikan sebanyak 20 manifesto dan ianya membuktikan bahawa sebuah kerajaan yang berjaya.

Jelasnya lagi, pelbagai kelebihan yang rakyat Terengganu dapat melalui manifesto tersebut.

"Antaranya ialah hanya di Terengganu sahaja rakyat tidak perlu membayar cukai pintu berbanding dengan negeri lain.

“Harapan untuk pilihanraya umum ke-15 (PRU15) nanti agar semua masyarakat tidak mengira bangsa dan agama memberikan sokongan penuh untuk Perikatan Nasional bagi meraih kejayaan demi kebajikan rakyat,” katanya.

 

 

 


Tag: