Berita :
SOP Ibadah Korban Yang Tersebar Belum Muktamad
SOP Ibadah Korban Yang Tersebar Belum Muktamad
Husaif Mamat
17 Jun 21
1611

KUALA TERENGGANU, 17 Jun - Prosedur operasi standard (SOP) ibadah korban negeri Terengganu yang tersebar di media sosial adalah masih belum muktamad.

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) berkata, perkara tersebut masih di peringkat perbincangan dan semakan.

"JHEAT akan memaklumkan dan mewarwarkan kepada semua sekiranya SOP yang sebenar telah dimuktamadkan.

"Sebarang pemakluman akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Mohon semua bersabar," ujar JHEAT dalam satu kenyataan sebentar tadi.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan