• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

SPR Dijangka Tetapkan Tarikh Pilihan Raya Negeri Esok

PUTRAJAYA, 4 Julai -  Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan berbincang bagi menentukan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Rabu ini.

Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata satu Mesyuarat Khas akan diadakan pada hari tersebut bagi membincangkan tarikh-tarikh penting PRN Ke-15 seperti tarikh Writ Pilihan Raya.

Pada mesyuarat itu juga akan turut membincangkan Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian dan Daftar Pemilih yang akan digunakan serta lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.

"Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas Mesyuarat Khas tersebut," ujarnya menerusi kenyataan tersebut, semalam.

Terdahulu SPR memaklumkan telah menerima notis pembubaan rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN) Yang Ke-14 bagi kesemua enam negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan daripada Speaker DUN masing-masing.