Mahkamah Tinggi Syariah Tangguh Hukuman Sebat Pesalah Khalwat
HULU TERENGGANU, 6 Mac – Struktur Empangan Kenyir masih dalam keadaan selamat dan terkawal walaupun berlaku kejadian tanah runtuh serta banjir puing baru-baru ini.
Pengurus Besar State Stakeholder Affairs (Terengganu & Kelantan) TNB, Mustaphakamal Yaacob, berkata, bagi memastikan ia ketahananya terus kukuh, TNB sedang membuat penilaian terhadap integriti struktur empangan termasuk penyiasatan runtuhan cerun.
“Terdapat runtuhan tanah di sini tetapi keadaan adalah terkawal dan selamat, faktor sebenar kejadian ini masih dalam siasatan, pada hari Ahad lalu dilaporkan keadaan hujan turun agak luar biasa pada hari tersebut.
“Sekarang kita dalam proses untuk mengumpul data-data bagi mendapat kepastian jumlah hujan yang turun semasa dan sebelum kejadian, siasatan dan memerlukan masa sebelum kita membuat tindakan 'corrective measure' jangka pendek dan jangka panjang," katanya ketika dihubungi UPDI baru-baru ini.
Tambah Mustaphakamal, keadaan paras air empangan juga masih terkawal dan tidak perlu dibimbangkan.
“Alhamdulillah setakat ini kerjasama yang diberikan pemegang taruh termasuk agensi kerajaan seperti Jabatan Kerja Raya, POLIS, NADMA, ATM dan sebagainya sangat baik," tambah beliau.
Terdahulu, Pengerusi Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, setelah membuat penelitian dan mendengar taklimat daripada pihak TNB, keadaan Empangan Kenyir adalah disahkan selamat untuk dikunjungi pelancong.
"Cuma ada yang terkesan akibat runtuhan tanah dan banjir lumpuh untuk TNB baik pulih," jelasnya.
Tambah Ariffin, pihak TNB juga memaklumkan bahawa paras air empangan masih dalam tahap terkawal dan berada dalam 'operating range' dan dipantau oleh pihak TNB.
“Ada komen netizen yang menyatakan sebab berlaku banjir di Kuala Berang, Telemong, Ajil dan sekitar Hulu Terengganu adalah disebabkan pelepasan air oleh TNB.
“Tetapi apabila saya berjumpa dengan pihak TNB, sebenarnya tiada pelepasan air dari empangan dilakukan dan komen ini adalah tidak benar," katanya.