• 13 Nov 2024 | 11 Jamadil Awal 1446

Sukan Elak Aktiviti Negatif

Oleh : Muhammad Afiq Fahmi Ahmad Faris

DUNGUN, 26 Januari – Penglibatan anggota masyarakat dalam bidang sukan dapat mengelakkan seseorang itu terjerumus kepada aktiviti yang tidak sihat. 

Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata, malah aktiviti sukan seperti bola sepak contohnya dapat mencungkil bakat terpendam.

"Kita harap dengan aktiviti sukan ini dapat melahirkan atlet yang berbakat untuk mewakili kampung, daerah, negeri mahupun di peringkat negara khususnya," ujarnya. 

Wan Hassan berkata demikian ketika merasmikan Kejohanan Liga Bola Sepak Daerah Dungun Piala YB Ahli Parlimen Dungun 2022 yang diadakan di Padang Arena Merdeka, disini, baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis perasmian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Sura, Wan Hapandi Wan Nik, ADUN Rantau Abang, Alias Harun, ADUN Bukit Besi, Roslee Daud, Pegawai Daerah Dungun merangkap Yang DiPertua (YDP) Persatuan Bolasepak Daerah Dungun, Anuar Awang, YDP Majlis Perbandaran Dungun, Huzairil Nizam dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Senator Razali Idris. 

Menurutnya, sebanyak 32 pasukan menyertai kejohanan itu yang melibatkan penyertaan dari seluruh Dungun yang akan berlangsung selama tiga bulan.

"Mungkin akan ada antara mereka ini yang akan mengharumkan nama Daerah Dungun suatu hari nanti, insya-Allah," katanya. 


Tag: