• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Sukan Elektronik Terus Diberi Perhatian

KUALA TERENGGANU, 24 Februari - Pihak Urus Setia Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Sejahtera Terengganu sentiasa komited menyediakan ruang dan platform kepada anak muda negeri ini dalam membangunkan Sukan Elektronik (E-Sport).

Pengarahnya, Mohd Nasir Abdul Razab berkata minat anak muda terhadap E-Sport diberikan perhatian khusus dalam merancakkan pembangunannya serta berusaha bagi memperkasakannya.

"Kecenderungan belia di negeri ini terhadap E-Sport ini perlu diberikan perhatian yang serius tidak boleh dipandang biasa-biasa.

"Kita meletakkan harapan yang tinggi terhadap anak muda kita ini kerana mereka telah menunjukkan prestasi yang sangat luar biasa di Sukan Malaysia (SUKMA) malah kita juga mempunyai wakil di peringkat Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA).

"Kerana itu kita memberikan sokongan sepenuhnya dan meneruskan penganjuran Karnival E-Sport Belia Terengganu yang dikelolakan oleh UBSNT melalui kerjasama pelbagai pihak untuk kita terus memperkasakannya serta mencungkil bakat-bakat baru," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui UPDI, ketika hadir pada program berkenaan, di Terengganu Trade Centre, di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, pada tahun ini merupakan Kali ketiga Karnival itu dianjurkan dengan mendapat penyertaan yang sangat mengalakkan daripada 400 peserta dari semua daerah menyertainya.

"Karnival ini akan diadakan selama dua hari, hari ini pembukaanya telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.

"Dalam meraikan minat anak muda ini juga kita telah bekerjasama dengan Persatuan E-Sport Terengganu, di mana selepas ini akan ada penganjuran yang lebih besar lagi akan diadakan oleh persatuan tersebut.

"Di peringkat Kerajaan negeri, akan sentiasa memberikan sokongan penuh dalam setiap perkara yang mendatangkan kebaikan untuk pembangunan belia di negeri ini," ujarnya.

 


Tag: