• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

Sukan Rakyat Di JAKM Jadi Tumpuan

KUALA NERUS, 3 Jun -  Sukan Rakyat menjadi salah satu tarikan utama sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) edisi Terengganu.

Urus setia reruai Sukan Rakyat, Md Azmi Abd Aziz berkata inisiatif tampilkan sukan rakyat dalam siri jelajah seumpama itu mampu memberi pendedahan mengenai keunikan permainan tradisional yang kini semakin dilupakan.

"Dam aji, congkak, batu selambuk antara 10 permainan tradisional yang menjadi tumpuan direruai sukan rakyat bermula semalam.

"Pemilihan permainan  tradisi ini diharap dapat hidupkan balik nostalgia apabila ibu bapa bawa anak mereka ke sini," ujarnya.

Tambahnya, perkembangan teknologi dan permainan moden ketika ini antara faktor generasi muda kurang mengenali sukan rakyat tempatan.

Rata- rata pengunjung yang ditemui menyifatkan permainan tradisional itu secara tidak langsung berjaya mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak mereka.

Salah seorang pengunjung, Masrina Ismail berkata kanak-kanak zaman sekarang tidak kenal permainan tradisional kerana mereka lebih tertumpu kepada gazet.  

"Inisiatif ini mampu mempromosikan semula sukan rakyat dalam kalangan Keluarga Malaysia," ujarnya.