• 20 Mei 2024 | 12 Zulkaedah 1445

Sukan Rakyat Erat Hubungan Masyarakat Felda



Oleh : Aminji

KEMAMAN- Persatuan Belia Felda Cerul (MBFM) Kemaman mengadakan Karnival Sukan Rakyat di Dewan Sivik Felda Cerul, di sini, berakhir semalam.

Program yang berlangsung meriah selama dua hari satu malam ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara masyarakat setempat di Felda tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih, Ab. Razak Ibrahim mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah memainkan peranan untuk menjayakan karnival ini.


"Adalah menjadi harapan saya agar semua masyarakat di Felda ini dapat berusaha dengan lebih gigih untuk mengukuhkan hubungan persaudaraan di antara masyakat setempat di sini,” ujar beliau ketika merasmikan Majlis Penutup Karnival Sukan Rakyat, semalam.




Tag: