• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Sultan Mizan Berkenan Hadir Forum Perdana

HULU TERENGGANU, 22 Jun- Sultan Terengganu, Sultan Mizan berkenan berangkat ke Majlis Forum Perdana di tapak Pasar Tani, Kuala Berang, di sini, malam ini.

Keberangkatan Baginda turut diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah serta Yang Di Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin dan paduka-paduka anakanda.

Forum anjuran Kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu  (JHEAT) itu diadakan bersempena Hari Keputeraan Rasmi Baginda tahun ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Toh Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman; Yang Dipertua Dewan Undangan Rakyat, Dato Yahaya Ali dan isteri; Setiausaha Kerajaan negeri, Tengku Seri Bijaya Raja dan isteri; ahli-ahli Dewan Pangkuan Diraja dan isteri; serta barisan ahli Exco yang lain.

Forum bertajuk ‘Islam Di Martabat Rakyat Muafakat’ itu turut dihadiri lebih 2,000 penonton, selain disiarkan secara langsung di saluran TerengganuFM.

Forum itu menampilkan Ustaz Mohd Hariri  Mohamad Daud  sebagai moderator bersama tiga panel, Prof Madya Dr Syarifah Hayati  Syed Ismail, Datuk Dr Haji Zahazan Mohamad dan Prof Madya Dato' Dr Hj Mohd Izhar Arif  Mohd Kashim.

Intipati forum selama sejam bermula 9.00 malam itu, antara lain memfokuskan kehebatan pendidikan Terengganu serta masyarakat yang bersatu padu melahirkan generasi hebat dan akhirnya membentuk negeri yang kuat dalam semua aspek.