• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Sultan Mizan Rasmi Masjid Kg Pelandan

HULU TERENGGANU, 23 Jun - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini berangkat menyempurnakan majlis perasmian Masjid Kampung Pelandan dekat sini yang menelan belanja RM5.5 juta.

Turut berangkat pada upacara itu Yang Di-Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin dan Tengku Sri Setia Mahkota Raja Tengku Mua’az Sultan Mizan Zainal Abidin.

Turut mengiringi Sultan Mizan ialah Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Datuk Mohd Nor Hamzah, Ahli-ahli Dewan Pangkuan Diraja dan barisan Exco.

Sejurus selesai majlis perasmian, Sultan Mizan bersama hadirin menunaikan solat Jumaat berjemaah di masjid berkenaan seterusnya ke majlis santapan tengahari di pekarangan masjid sebelum berangkat meninggalkan majlis.

Dalam pada itu, Masjid Kampung Pelandan itu siap dibina pada 2019 sekali gus menggantikan masjid lama yang dibina pada awal 1970.

Masjid yang mampu memuatkan 750 jemaah pada satu masa itu turut mempunyai pelbagai kemudahan antaranya bilik jenazah, dewan serbaguna selain keluasan ruang letak kenderaan.