• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Sultan Mizan Solat Jumaat Di Masjid Ar-Ridha

Sultan Mizan (tengah) mencemar duli bersalaman dengan Ustaz Mohd Nor selepas selesai solat Jumaat di Masjid Ar-Ridha Manir kelmarin.
HULU TERENGGANU,  13 Januari - Sultan Terengganu,  Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billahi Shah mencemar duli mengerjakan solat Jumaat di Masjid Ar-Ridha Manir di sini kelmarin.

Turut mengiringi baginda, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri,  Haji Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri,  Dato' Haji A Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri,  Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir,  Haji Hilmi Harun dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri.  

Khutbah Jumaat dari mimbar masjid itu menyentuh kewajipan menutup aurat dan batas-batasnya yang wajib dipatuhi oleh umat Islam sama ada muslimin atau muslimat.   

Kira-kira 800 orang ahli qaryah mengerjakan solat Jumaat di masjid berkenaan bersama Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Mizan.   

Tag: