• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Sultan, Sultanah Mencemar Duli ke Jamuan Teh Bersama Rakyat

BESUT, 18 Ogos - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan mencemar duli ke Majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat di Pantai Air Tawar di sini sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-60 Hari Keputeraan Baginda.

Mengiringi Baginda, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, Yang Di-Pertuan Muda Terengganu serta yang Amat Mulia Paduka anakanda-anakanda Sultan Terengganu; Yang Amat Mulia Tengku Sri Setia Mahkota Raja, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Utama Raja dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Daulath Raja. 

Majlis yang bermula pada jam 3 petang itu dihadiri kira-kita 2,000 tetamu termasuk Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu serta pemimpin masyarakat. 

Turut hadir Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, To’ Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman. 

Baginda turut berkenan meluangkan masa selama sejam dalam majlis yang turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian oleh Ameng Spring.

 


Tag: