• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Sultan Terengganu Berkenan Rasmi Masjid Sentol Patah

Sultan Mizan menandatangani plak perasmian.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan Masjid Kampung Sentol Patah, Marang hari ini.

Keberangkatan baginda diiringi anakanda, Yang Dipertuan Muda Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Muhammad Mua'az serta Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah dan Pegawai Daerah Marang, Mat Azmi Arshad.



Sultan Mizan berkenan bertitah dan menyempurnakan perasmian dengan menandatangani plak perasmian.

Masjid Kampung Sentol Patah yang bernilai RM4.7 juta siap dibina pada 2014 bagi menggantikan masjid lama yang dibina pada 1965.

Kemudahan ibadat yang terletak di mukim Rusila itu dapat menampung kira-kira 1,000 jemaah dalam satu-satu masa.




Tag: