• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Sultan Terengganu, Faizal Tahir Sertai Kejohanan Kuda Lasak

SETIU, 14 November - Kejohanan Terengganu Endurance Ride Stable (RTES) Endurance Ride November 2021 pada kali ini mendapat sambutan di luar jangka apabila menerima penyertaan 100 penunggang setelah 6 bulan acara berkenaan tidak dilangsungkan akibat Pandemik Covid-19.

Penyertaan paliang istimewa ialah bagi kategori Championship Endurance National (CEN) 80 Kilometer apabila disertai oleh KDYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang berkenan memakai jersi nombor 9

Sultan Terengganu, Tuanku Sultan Mizan berkenanan menyertai acara

Manakala bagi kategori (CEN) 40 Kilometer telah disertai oleh selebriti terkenal tanahair, Faizal Tahir mengenakan jersi nombor 67.

 

RTES Endurance Ride yang diadakan di Terengganu International Endurance Park (TIEP) di Lembah Bidong, bagi kategori CEN 90 KM  pada kali ini disertai 19 peserta.

Acara pelepasannya pada jam 5 petang semalam telah disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Manakala bagi kategori 40 KM dibahagikan kepada dua, dimana Kumpulan A disertai seramai 35 orang yang acara pelepasannya disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja.

Bagi Kumpulan B pula disertai seramai 32 peserta, dimana acara pelepasannya disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.

Kesemua acara berkenaan berakhir pada jam 2.30 pagi untuk CEN 80 KM, manakala bagi kategori 40 KM bagi Kumpulan A tamat pada jam 10.55 malam dan yang terakhir kumpulan B akan tamat pada jam 11.25 malam tado.


Tag: