• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Sultan Terengganu Kurnia Sumbangan Kepada Fakir Miskin

KUALA TERENGGANU, 24 Ogos - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan mengurniakan bantuan kepada 400 orang warga istimewa, fakir miskin dan ibu tunggal di Istana Syarqiyyah, Chendering di sini semalam sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-60 Hari Keputeraan Baginda.

Mengiringi Baginda, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, Yang Di-Pertuan Muda Terengganu serta yang Amat Mulia Paduka anakanda-anakanda Sultan Terengganu; Yang Amat Mulia Tengku Sri Setia Mahkota Raja, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Utama Raja dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Daulath Raja.

Majlis yang bermula pada jam 10.30 pagi itu dihadiri kira-kira 700 tetamu termasuk Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, To’ Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu serta pemimpin masyarakat. 

Seramai 400 penerima yang terdiri daripada daerah Kuala Terengganu, Marang dan Kuala Nerus menerima sumbangan berupa wang tunai.

 


Tag: