• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Sultan Terengganu Solat Aidilfitri Bersama 3,000 Jemaah

KUALA TERENGGANU, 2 Mei - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menunaikan Solat Sunat Aidilfitri bersama 3,000 jemaah di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, di sini, pada hari ini.

Turut berangkat, Yang DiPertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail.

Keberangkatan tiba Baginda berdua pada 8.12 pagi diiringi Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, dan Yang DiPertua Dewan Undangan negeri, Dato' Yahaya Ali.

Solat Sunat Aidilfitri telah diimamkan oleh Mufti Terengganu, Prof. Madya Dr. Mohamad Sabri Haron yang turut menyampaikan khutbah.

Selesai menunaikan solat, Baginda berkenan menizarahi Makam Diraja yang terletak di kawasan Masjid Al-Muktafi Billah Shah sebelum berangkat pulang.

Lebih bermakna tahun ini solat Sunat Aidifitri merupakan tahun pertama umat Islam kembali menunaikan solat sunat tersebut tanpa penjarakan fizikal selaras dengan negara kini telah beralih ke fasa endemik bermula 1 April yang lalu.