• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Suntikan Vaksin Makin Rancak, 2,300 Dos Di SK Telaga Papan

 

SETIU,11 Julai - Seramai 2,300 penduduk di sini telah menerima suntikan vaksin menerusi Program imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang diadakan semalam di SK Telaga Papan semalam.

Ahli parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, bagi menyahut seruan kerajaan untuk mencapai imuniti kelompok dalam masa yang terdekat, program sebegitu sedang giat dilakukan di kawasan pedalaman dalam Parlimen itu.

Katanya, program tersebut diadakan pada setiap hari sabtu di lokasi-lokasi yang terpilih.

"PICK ini bertujuan memberi kemudahan kepada penduduk di kawasan pedalaman selain dari Pusat Pemberian Vaksin di Dewan serbaguna Sg Tarom.

"Lebih 2,300 dos vaksin yang disediakan dan digunakan untuk Program Outreach Vaksinasi Telaga Papan harini (semalam) melibatkan 1,500 orang dos pertama dan 818 dos kedua. 

”Alhamdulillah kesedaran semakin meningkat di kalangan orang kita, jika ini berterusan insyaAllah imuniti kelompok akan kita capai dalam masa yang cepat," jelasnya selepas program terbabit.

Jelas Shaharizukirnain, setakat ini, program PICK mendapat sambutan sangat baik daripada penduduk setempat.

"Sebelum ini, di SK Kasar 1,109 dos bejaya disuntik kepada penduduk setempat tersebut.

"Pada hari ini (semalam) turut sama berlangsung program PICK di SK Jabi melibatkan sebanyak 500 dos.

“Jutaan terima kasih kepada Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Pegawai Daerah Setiu, Ketua-Ketua Jabatan, petugas-petugas dari pelbagai jabatan.

"Tidak lupa juga, kepada petugas sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Khidmat Malaysia Setiu, Jabatan Amal Setiu, Ameerah , Briged Muslimat Setiu, dan kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan program ini,” tambahnya.


Tag: