• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Suri Rumah Mampu Lakukan Perubahan Besar

KUALA NERUS, 22 Ogos – Kaum hawa yang bergelar suri rumah boleh melakukan perubahan besar dengan inisiatif bekerja dari rumah.

Pengarah Urus Setia Wanita Terengganu  (USWa) Wan Nur Sakinah Din berkata, dengan pendapatan yang diperolehi mereka mampu mengurangkan beban terutama dalam ekonomi tak menentu.

“Bukanlah bermaksud mengambil tanggungjawab pihak suami dalam mencari rezeki, tetapi membantu mengharmonikan ekonomi institusi kekeluargaan. 

"Kita juga tidaklah mengenepikan tanggungjawab hakiki kita sebagai seorang wanita, isteri, dan ibu.

“Semua wanita hebat, semestinya seorang insan yang banyak berkorban dalam menguruskan rumah tangga, demi mengecap rumahtangga yang diredhai oleh Allah SWT,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Seminar Suri Sejahtera 'cara buat duit daripada rumah' bersama Puan Astiey Nurasiah, di Dewan Perdana, Kompleks Pentadbiran Bandar Al-Wathiqu Billah, Kuala Nerus, di sini, pada semalam.

Menurutnya, melalui seminar tersebut dapat memberi inspirasi dan meninggalkan impak positif, kesedaran  tinggi serta pencerahan ilmu yang berguna dalam membantu meningkatkan keupayaan suri rumah sekaligus menambaik kedudukan kewangan keluarga.

“Mungkin ada dalam kalangan suri rumah kita pada hari ini membunyi bakat tersembunyi. Bakat tu ada, cuma perlu digilap lagi dan setiap daripada insan ternyata mempunyai potensi serta boleh pergi lebih jauh.

“Pelaksanaan program ini juga bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran jualan dan penulisan berkait dengan pemasaran supaya dapat membantu suri rumah menjana kewangan dari rumah,” ujar Sakinah.

Justeru itu, beliau berharap para peserta menggunakan sepenuhnya ilmu yang dapat pada hari ini dengan mempraktikkan sepenuhnya.

“Lepas ni, duduk rumah tak perlu keluar pun dah boleh jana pendapatan insya Allah," katanya.

Beliau menambah, program ini diadakan khusus bagi membantu suri rumah Terengganu menambahkan ilmu berkait dengan dunia kewangan dan juga usahawan.

“Secara umumnya, sasaran kita daripada seminar ini agar dapat membantu setiap suri rumah di Terengganu memiliki pendapatan sendiri," tambah beliau lagi.

 


Tag: