• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Susah Kerja, Anak Muda Ceburi Grab, Foodpanda

KUALA TERENGGANU, 9 Mac - Di zaman era globalisasi ini mencari sesuatu pekerjaan bukanlah mudah sehingga menyebabkan anak muda lebih cenderung menceburi bidang E-Hailing seperti Grab, Maxim dan Foodpanda.

Seorang Lepasan Graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Mohd Martharidi MD Khairuddin, 26, berkata salah satu penyebab sulit mendapat kerja adalah bertambahnya jumlah saingan.

Katanya, walaupun setiap hari selalu tersedia peluang pekerjaan, namun ia masih tidak mencukupi.

“Pandangan saya golongan ini susah mendapat kerja kerana lebih memilih pekerjaan yang mewah seperti di pejabat berbanding kerja-kerja biasa.

"Di samping, memperlekehkan kerja yang dianggap tidak setaraf dengan kelulusan mereka menyebabkan golongan ini takut untuk mencuba semua benda baru,” katanya ketika dihubungi oleh Urus Setia Penerangan Darul Iman pada hari ini.

Tambah Martharidi, pekerjaan dalam bidang E-Hailing ini dari sudut pendapatan bulanan juga lumayan.

Namun hakikat, hendaklah berkorban dari sudut berpanasan asalkan gaji setimpal dengan kerja.

Dia berharap, agar peluang pekerjaan sentiasa bertambah setiap tahun supaya masalah pengangguran di negeri ini semakin berkurangan.