• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Susulan Dibenar Rentas Negeri Orang Ramai Dinasihat Berjaga-jaga

PUTRAJAYA, 7 Oktober - Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) sekiranya berhasrat merentas negeri apabila ia dibenarkan dalam tempoh beberapa hari lagi.

"Penting untuk semua orang melaksanakan langkah-langkah berjaga-jaga ini seperti memakai pelitup muka, membasuh tangan dan menjaga penjarakan fizikal walaupun yang sudah lengkap divaksin.

"Ia bagi menjaga keselamatan individu tersayang dan ahli keluarga, tolong lakukan ujian kendiri RTK-Ag menggunakan air liur secara berkala," ujar Tan Sri Dato' Nor Hisham Abdullah melalui Twitternya,hari ini.

Untuk rekod sehingga semalam portal COVIDNOW menunjukkan kadar populasi dewasa lengkap divaksinasi  telah mencapai 88.8 peratus, bertepatan dengan keputusan dibuat kerajaan sebagaimana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob rentas negeri akan dibenarkan apabila mencecah 90 peratus.


Tag: