• 09 Mei 2024 | 1 Zulkaedah 1445

SUTERA 2019: Kuala Terengganu Rebut Enam Emas Acara Silat



 
Pesilat Putri sedang beraksi.
KUALA NERUS, 9 September – Daerah Kuala Terengganu dinobatkan juara keseluruhan Acara Silat Sukan Tengganu (SUTERA) 2019 di Gerbang Sukan Negeri di sini tengahari tadi.

Daerah itu mendapat enam pingat emas, Perak (tiga) dan gangsa (satu) setelah 14 acara dipertandingkan.

Naib johan keseluruhan jatuh kepada pasukan Kemaman dengan mengumpul empat pingat emas dan dua perak, sementara Marang mendapat tempat ketiga dengan memungut dua emas, satu perak dan tiga gangsa.

Pesilat Lelaki Kuala Terengganu memungut emas dalam Acara Putra B, Putra D, Putra F, Purta H dan Putra I.

Pesilat Wanita daerah itu pula mengutip emas dalam acara Putri E.

Sementara Pesilat Lelaki Kemaman memungut emas dalam acara Purta A, Putra C dan Putra G manakala pesilat wanitanya menggondol emas dalam acara Putri D.

Marang mengutip emas dalam acara Putri A dan Putri B.

Seramai 147 pesilat termasuk 14 peserta dari Kelantan menyertai pertandingan tersebut dengan membabitkan diri dalam  133 perlawanan.

Seramai 28 orang pegawai teknikal dan pembantu gelanggang diketuai oleh Pengarah Pertandingan Fakhrul Azman Abu Bakar, bertukus lumus menjayakan pertandingan silat olahraga itu di SUTERA yang julung kali diadakan tahun ini.

Tag: