• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Syarikat Kerajaan Negeri Rekod Pendapatan Tertinggi Dalam 10 Tahun

KUALA TERENGGANU, 2 Mac - Anak Syarikat Kerajaan Negeri (GLC), TDM Berhad merekodkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM81.4 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 tertinggi sejak 2011.

TDM Berhad dalam satu kenyataan kepada media berkata, pendapatan Kumpulan TDM turut meningkat sebanyak 15 peratus kepada RM511 juta berbanding tahun sebelumnya hasil daripada pertumbuhan pendapatan daripada bahagian perladangan sebanyak RM46.8 juta atau 19 peratus dan bahagian penjagaan kesihatan sebanyak RM21.3 juta atau 11 peratus.

Katanya, Kumpulan TDM juga mencatatkan peningkatan PBT yang ketara sebanyak RM71.8 juta, lebih daripada  lapan kali ganda peningkatan yang dicatatkan pada tahun berakhir 31 Disember 2020.

"Kumpulan TDM merekodkan pendapatan sebelum  faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) sebanyak RM181.9 juta untuk tahun berakhir 31 Disember 2021, berbanding RM109.6 juta ketika tahun sebelumnya.

"PBT sebanyak RM67.2 juta dan RM81.4 juta untuk suku keempat yang berakhir 31 Disember 2021 dan bagi tahun berakhir 31 Disember 2021 masing-masing adalah termasuk keuntungan terkumpul one-off berjumlah RM40.4 juta daripada skim pajakan kecil," ujar kenyataan itu.


Tag: