lightning-solid
Berita :
T-Volt Turun Kampung , Semarakkan Kebajikan di Terengganu
T-Volt Turun Kampung , Semarakkan Kebajikan di Terengganu
Adli Mohamad
26 Jul 26
4

DUNGUN, 26 Julai - Program Terengganu Volunteers (T-VOLT) turun ke kampung merupakan usaha kerajaan negeri untuk memupuk lebih ramai belia dterlibat sebagai sukarelawan bagi menyemarakkan kerja-kerja kebajikan di Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, adalah menjadi hasrat kerajaan negeri untuk mengajak seramai mungkin belia terengganu untuk sama-sama menyertai aktiviti sukarelawan bagi mengisi waktu terluang untuk melakukan kerja-kerja kebaikan.

"Mengambil semangat daripada firman Allah SWT iaitu 'hendaklah kamu tolong menolong di atas jalan kebaikan dan ketakwaan jangan kamu tolong menolong diatas jalan melakukan dosa dan permusuhan.

"Justeru, kita ajak belia kita ini pakat hadir kemudian buat kerja-kerja kebaikan antaranya gotong royong, ziarah ke setiap rumah menyantuni mereka yang kurang bernasib baik.

"Dahulu di Pasir Raja ini selepas berlakunya bencana banjir, T-VOLT pernah turun ke Pasir Raja untuk memberish rumah mangsa-mangsa yang terlibat, ini diantara peranan T-VOLT bagi mewarnai suasana kebajikan di Negeri Terengganu,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program T-VOLT Turun Ke Kampung 2.0, di Campsite Bumbung Raja, Kampung Pasir Raja, di sini semalam.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli, Pengarah  Urus Setia Belia, Sukan dan NGO, Muhammad Irsyad Syafiq Burhanuddin serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman.

Sementara itu, Ghazali merakamkan ucapan penghargaan di atas program tersebut yang telah dijayakan dengan sebaik-baiknya serta telah menerima penyertaan yang begitu baik dari penduduk setempat.

"Program bermula dari pagi ini telah dijayakan dengan acara sukaneka kanak-kanak, ada demonstrasi memadam kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, serta telah diadakan jamuan rakyat.

"Selain itu turut diagihkan barangan keperluan kepada mereka yang memerlukan. 

"Tanpa sambutan orang kampung tidak mungkin program ini berjaya dilaksanakan, dan saya juga mengambil kesempatan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua sukarelawan yang telah menjayakan segala aktiviti yang telah diatur dan dirancang,"ujar beliau.


Tag :

Artikel Berkaitan