• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Tak Sangka Dapat Hadiah Cincin

KUALA TERENGGANU, 13 Februari – "Tidak sangka saya mendapat cabutan bertuah hadiah mega berbentuk cincin", luah seorang Seorang peserta wanita Durian Burung  setelah mendapat hadiah hasil cabutan bertuah dalam program Terengganu Hijab Day 2022.

Fatimah Md Yusof, 61, berkata, beliau tidak menyangka apabila nama tersenarai dalam cabutan bertuah itu yang ditaja pihak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita.

“Saya bersyukur ke hadrat ilahi atas anugerah bernilai sempena sambutan ini.

“Terima kasih atas jemputan serta kepada pihak YB (ADUN Wanita) atas penganjuran program yang amat bermakna buat warga wanita di Terengganu," jelasnya ketika ditemui pihak media di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu, semalam.

Justeru itu, beliau berharap program bermanfaat sebegini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang.

“Hasilnya, menerusi Forum Hijabista, kami mendapat ilmu tentang kepentingan berhijab dengan sempurna, memang tak rugi join, siapa yang tak hadir memang menyesal.

“Ini kerana ada unsur dakwah untuk kebaikan wanita dalam mempertahankan imej baik selaras dengan keperluan syariah dan tuntutan semasa,” tambah beliau lagi.