• 14 Mei 2024 | 6 Zulkaedah 1445

Tambah Tempat Letak Kereta Untuk Kemudahan Pengunjung Pasar Kedai Payang

Tapak tambahan tempat letak kereta di sebelah pasar sayur

KUALA TERENGGANU, 21 September - Kerajaan negeri sedang menyiapkan tempat letak kereta tambahan bagi memudahkan para pengunjung dan peniaga kedai Pasar Payang 2.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ahmad Shah Muhamed berkata, lokasi parkir tersebut terletak di sebelah pasar sayur akan disiapkan pada fasa yang seterusnya.

"Parkirnya walaupun (tak banyak) tetapi boleh letakkan kereta di sepanjang jalan pesisir pantai.

"(kawasan tempat letak kereta yang baru) itu tak luas (tapi) insya Allah (akan selesai masalah) (namun begitu) ada ketikanya ramai pengunjung (pada) hari cuti, hari kelepasan am memang  tidak boleh nafikan (akan kekurangan tempat parkir).

"Biasala (pemikiran orang) kalau nak parkir nak masuk dekat dengan kedai tapi takkan berlaku macam itu kerana parkir mungkin jauh sikit tapi tak la jauh mana," jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas membuat tinjauan di Pasar terkenal itu pada Khamis, 19 September.

Oleh itu, beliau berharap orang ramai mengikis kebiasaan mahu meletakkan kereta  berhampiran atau dihadapan kedai ataupun premis.

"(Tapi) saya harap takkan berlaku macam itu) parking  mungkin sedikit jauh tapi taklah jauh mana," ujarnya.

Justeru itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak Majlis Bandaraya Terengganu dan persatuan yang membantu kerajaan memberi kemudahan kepada rakyat.

"Alhamdulillah walau macam mana pun kita akan usaha yang terbaik  selesaikan masalah," tambah beliau.


Tag: