• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Tambah Tong Sampah, Elak Persekitaran Tercemar

KUALA NERUS, 31 Mac - Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepuh mengambil inisiatif menambah sejumlah tong sampah bagi mengelakkan persekitaran tercemar dengan bahan terbuang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim berkata, inisiatif itu juga dibuat bagi menjayakan lagi Kempen Tepoh Ceria yang telah dilancarkan sebelum ini. 

"Saya juga mengharapkan tanggungjawab daripada penduduk untuk bersama-sama menjaga kebersihan dengan tidak melakukan perkara yang boleh merosakkan kemudahan awam tersebut seperti membakar dan memecahkanya," katanya selepas penambahan tong sampah tersebut.

Jelas beliau, sebanyak 60 unit tong sampah telah dibeli dan diagihkan kepada pengguna yang memerlukan penambahan kemudahan awam tersebut.

'Mobile Garage Bin' yang berkapasiti 660 Liter itu akan diletakkan dalam kawasan yang mempunyai kadar penyerahan sampah yang tinggi.

"Sebelum ini, sebanyak 30 unit tong sampah berkapasiti sama telah berjaya diagihkan untuk kegunaan pengguna dalam kawasan DUN Tepoh.  

"Jumlah tong sampah yang telah berjaya diagihkan oleh PKM adalah sebanyak 90 unit keseluruhannya. Jumlah tersebut akan menyokong fasiliti tong sedia ada yang telah dibekalkan oleh Majlis Perbandaran Kuala Terengganu," ujarnya.

Kempen kebersihan Tepoh Ceria yang telah bermula sejak Julai 2019 lalu telah digerakkan dan terus diperkasakan dari semasa ke semasa. 

Inisiatif penambahan itu juga adalah sebahagian daripada fokus utama untuk menjayakan lagi kempen tersebut.


Tag: