• 04 Mac 2021 | 20 Rejab 1442

Tambun Tanah Perlu Ikut Prosedur

MARANG, 3 November - Masyarakat setempat sewajarnya mengikut prosedur tertentu  sekiranya mahu menambun dan meratakan tanah milik masing-masing bagi mengelak berlakunya kejadian banjir dan air bertakung.

Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng berkata,, masalah air bertakung disebabkan punca tambunan tanah yang tiada aliran air kini menjadi satu permasalahan yang sangat besar lebih-lebih lagi ketika menjelang musim tengkujuh.

Katanya, terdapat beberapa aduan daripada penduduk berkenaan masalah air bertakung, banjir, air melimpah ke dalam rumah dan sebagainya kerana tambunan tanah daripada tuan tanah.

"Sebagai seorang jiran yang hidup dalam komuniti, kita perlulah lah mengambil berat isu seperti ini bagi mengelakkan timbulnya sebarang pertelingkahan di antara satu sama lain.

"Rata-rata tanah yang ditambung tidak mengikuti prosedur yang betul, ketiadaan saliran air, longkang dan sebagainya mendatangkan musibah kepada orang lain jelas menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab.

"Baru-baru ini, satu tinjauan telah diadakan di Kampung Bukit Rhu Rendang bersama-sama Majlis Daerah Marang bagi melihat keadaan tanah yang ditambung yang dipercayai tidak mengikuti prosedur yang betul kerana menutup saliran serta laluan air, "katanya.

Menurutnya lagi, keadaan yang menyebabkan beberapa buah rumah mengalami masalah banjir sehingga air melimpah ke dalam ruang rumah dan sebagainya telah diserahkan kepada pihak MDM untuk melakukan perbincangan diantara tuan tanah bagi menyelesaikan masalah tersebut.

"Orang ramai juga dinasihatkan supaya melaporkan terus kepada MDM dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) jika terdapat sebarang aktiviti tambunan tanah yang dilihat tidak menepati ketetapan yang betul, tambahnya lagi.

 

 

 

 


Tag: