Mahkamah Tinggi Syariah Tangguh Hukuman Sebat Pesalah Khalwat
KUALA NERUS, 26 Oktober - Jaringan gol pemain kelahiran Thailand, Adisak Kraison pada minit ke-91 menyelamatkan Terengganu FC dari pulang 'tangan kosong' pada saingan peringkat kumpulan Piala AFC 2023, hari ini.
Gergasi pantai timur itu seri 2-2 ketika melayan kunjungan Stallion Laguna FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) yang dihadiri sekitar 2,000 penyokong.
Terengganu FC dikejutkan dengan jaringan pertama pelawat seawal minit keenam apabila sepakan percuma Griffin McDaniel gagal ditangkap kemas Suhaimi Husin.
Ketinggalan di awal permainan, Sang Penyu menggandakan asakan dalam usaha menyamakan kedudukan.
Pada minit ke-40, Stallion Laguna FC berjaya menjarakkan kedudukan menerusi jaringan Stephen Sam.
Bermula dengan rembatan Juan Diego yang ditepis Suhaimi, Stephen merembat bola muntah menerobos gawang.
Seminit kemudian, Ivan Mamut hampir mencipta kebangkitan buat Sang Penyu, tetapi dinafikan penjaga gol, Hayeson Pepito.
Memasuki minit tambahan separuh masa pertama, Terengganu FC berjaya bangkit mengurangkan jurang jaringan menerusi Sony Norde yang menyudahkan bola rembatan Engku Nur Shakir yang terbias kearahnya.
Memasuki babak kedua, Terengganu FC menguasai perlawanan dengan serangan bertali arus ke kubu Stallion Laguna FC.
Pada minit ke-53, Ivan hampir menyamakan kedudukan tetapi tandukannya ditepis Pepito.
Pemain gantian, Liridon Krasniqi cuba menghidupkan harapan pada minit ke-87, tetapi hantarannya tidak berjaya disudahkan Syahmi Zamri.
Memasuki minit ke-91, hantaran lintang Sony Norde ditanduk Adisak untuk gol penyamaan Terengganu FC yang menggamatkan stadium.
Keputusan penuh perlawanan berakhir dengan seri 2-2.