• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

TDM Buka Kilang Baja Bio-Organik Automasi Pertama Di Malaysia

Ahmad Samsuri melihat pokok lada yang menggunakan baja TDMBIO. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail 

TDM Berhad anak syarikat milik kerajaan negeri yang berteraskan industri kelapa sawit melakar satu lagi sejarah perkembangannya apabila berjaya membuka  kilang baja bio organik automasi yang pertama seupamanya di negara ini.

Kilang kedua selepas kilang baja organik di Sungai Tong, Setiu itu menghasilkan baja organik menggunakan teknologi mikro.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TDM Berhad, Dato' Mohamad Muda, berkata teknologi  hasil kolaborasi antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan TDM  itu dijalankan selama enam bulan yang berakhir April lalu.


Katanya, kini TDM mampu menghasilkan 30,000  metrik tan baja bio organik yang dinamakan TDMBIO dalalm tempoh setahun.

"TDMBIO dikeluarkan hanya untuk kegunaan tanaman kelapa sawit di ladang- ladang milik TDM sahaja.

"Rancangan untuk memasarkan baja bermutu tinggi itu berkemungkinan bakal menjadi realisasi dalam tempoh dua tahun akan datang selepas beberapa kajian dan pembesaran kilang dapat dijalankan," katanya.


Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Kilang Bio Organik Pertama Automasi, di Padang Kubu, Kemaman, petang semalam.



Hadir merasmikan kilang itu, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Sementara itu Ahmad Samsuri berkata,  dia melihat TDM terus berkembang dengan pelbagai teknologi, selain bijak merangka pelan perniagaan.

"Harapan utama kerajaan negeri agar semua anak- anak  syarikat kerajaan negeri mampu memberi keuntungan yang positif agar dapat menaikkan ekonomi dan pendapatan negeri, " katanya.


Tag: