• 04 Mei 2024 | 25 Syawal 1445

Tengku Muhammad Ismail Berangkat Ke Pelong

Tengku Muhammad Ismail (duduk tengah) berkenan melepas anak ikan di Santuari Kelah Kampung Pelong, Setiu.

SETIU, 19 September - Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat ke Majlis Jamuan Rakyat di Kampung Pelong di sini hari ini.

Tengku Muhammad Ismail berangkat dari Istana Syarqiyyah singgah terlebih dahulu di Masjid Ar-Ridhuan Sungai Tong di sini untuk menunaikan solat zohor diiringi oleh Menteri Besar Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri To’ Puan Seri Tuan Faezah Tuan Ab Rahman.

Turut mengiringi baginda, kekanda Tengku Puteri Utama Raja
Tengku Nadhirah Zahrah Sultan Mizan Zainal Abidin dan adinda
Tengku Sri Setia Makhota Raja Tengku Mua’az Sultan Mizan Zainal Abidin

Hadir sama, Dato’ Shaikh Harun Shaikh Ismail dan isteri To’ Puan Azizah Aziz.

Tengku Muhammad Ismail (dua dari kanan) mengacau Bubur Asyura di Perkarangan Masjid Pelong, Setiu.

Rombongan itu disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Zahari Mohd Azahar dan isteri, To’ Puan Hajah Sharifah Nor Madiah Syed Omar, Pegawai Daerah Setiu, Mohd Sophian Abu Bakar dan isteri, Najah Naimah Yusof, Ketua Penolong Pegawai Daerah Setiu, Fakhrol Ruzi Ibrahim dan isteri, Fadilah Mohamed Nor.

Setibanya di perkaragan masjid itu rombongan berkenaan dihiburkan dengan persembahan pencak silat diikuti dengan santapan tengahari.

Tengku Muhammad Ismail berkenan memetik buah Dokong Johor di Dusun Warisan Pelong, Setiu.
Tengku Muhammad Ismail kemudiannya berkenan untuk mengurniakan sumbangan kepada pelajar sekolah dan penduduk setempat.

Baginda berkenan melawat ke Tapak Demonstrasi bagi menyaksikan sendiri anyaman kercut dan lekar, masakan lemang Periuk Kera, masakan Kuih Benderam, Kuih Rempeyek dan Bubur Asyura yang dibuat oleh penduduk setempat.

Baginda bertiga juga berkenan mengacau bubur Asyura di tapak berkenaan.

Rombongan Di-Raja berkenan menyaksikan persembahan Pecak Silat di Perkarangan Masjid Pelong, Setiu.

Seterusnya Rombongan Di-Raja, berangkat ke Santuari Kelah Kampung Pelong untuk Upacara Pelepasan Anak Ikan Kelah.

Tengku Muhammad Ismail berkenan melepaskan anak ikan di kawasan itu diikuti oleh Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri.

Yang Di-Pertuan Muda Terengganu seterusnya berangkat ke Dusun Warisan menghadiri majlis santapan buah-buahan tempatan.

Tengku Puteri Utama Raja (tiga dari kanan) berkenan menggoreng cempedak di Dusun Warisan Pelong, Setiu.

Sebelum itu Tengku Muhammad Ismail diberi taklimat mengenai kemajuan dusun tersebut oleh pengurusnya, Syakirin Ghazalee.

Baginda turut berkenan memetik sendiri buah Dokong Johor di dusun berkenaan.

Majlis diakhiri dengan keberangkatan pulang Yang Di-Pertuan Muda diiringi Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri dan isteri, Tengku Sri Setia Makhota Raja, Tengku Puteri Utama Raja, Dato’ Shaikh Harun dan isteri.

Tag: