• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Tengkujuh: Taman Eko-Rimba, Hutan Taman Negeri Ditutup Sementara Bermula Esok

KUALA TERENGGANU, 31 Oktober - Jabatan Perhutanan Terengganu menutup sementara semua Taman Eko-Rimba dan Hutan Taman Negeri, kepada pengunjung, bermula esok. 

Pengarah Perhutanan negeri, Roslan Rani berkata,  penutupan itu adalah berikutan musim tengkujuh yang melanda negeri ini.

"Penutupan selama empat bulan hingga 28 Februari 2022 itu susulan musim tengkujuh dan risiko kejadian kepala air. 

"Sehubungan itu, aktiviti rekreasi, pendakian, pacuan empat roda dan sebagainya dalam hutan simpan kekal adalah tidak dibenarkan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Dalam pada itu, Roslan berkata, mana-mana individu yang melanggar arahan itu boleh didakwa mengikut Enakmen Perhutanan Negara (Penerimaan-pakai) 1986.