• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Tepuh Luaskan Penternakan Arnab Pedaging

KUALA NERUS, 1 April - Ekoran permintaan Arnab Pedaging yang begitu tinggi dalam pasaran dan pengeluaran sedia ada tidak dapat menampung permintaan pengguna, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepuh telah mengambil langkah proaktif memulakan kerjasama untuk membangunkan perusahaan penternakan tersebut.

Dalam lawatan kerja Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepuh, Hishamuddin Abdul Karim ke Kampung Tempinis, Jabi, beliau melihat perusahaan penternakan Arnab Pedaging yang dimiliki usahawan muda tempatan, Fadil. Anak muda yang berusia 30 an tersebut mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam bidang penternakan Arnab Pedaging.  

Dalam lawatan tersebut, beliau turut melihat satu peluang kerjasama yang boleh dibuat untuk menjayakan penternakan dalam kawasan DUN Tepuh itu. 

Baka Arnab Pedaging yang sesuai untuk dikomersial mengikut saranan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan adalah jenis  baka New Zealand White, Californian, Carolina, New Simonare dan Sepanyol. Baka tempatan juga boleh diusahakan untuk permulaan dan mempunyai kadar ketahanan terhadap serangan penyakit, namun kadar tumbesarannya adalah perlahan. 

Dalam langkah merealisasikan perusahaan terbabit, beliau berkata, PKM akan membuka ruang kepada 10 individu pertama yang berminat untuk  bersama-sama dalam projek penternakan tersebut. 

Individu-individu berkenaan mestilah mempunyai semangat yang tinggi, tidak mempunyai kerja tetap dan yang berusaha untuk belajar


Tag: