lightning-solid
Berita :
Terengganu-Acheh Barat Perkasa Pelancongan Syariah Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026
Terengganu-Acheh Barat Perkasa Pelancongan Syariah Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026
Noraini Jusoh
28 Oct 25
186

KUALA TERENGGANU, 28 Oktober – Koperasi Homestay Teluk Ketapang dengan kerjasama Pemerintah Acheh Barat telah mengadakan Seminar Tahun Melawat Malaysia 2026 dan Seminar Pelancongan Syariah pada 22 hingga 24 Oktober lepas di beberapa lokasi di negeri ini.

Presiden Koperasi Homestay Teluk Ketapang, Md Azmi A. Azis berkata, antara program Tahun Melawat Malaysia 2026 dan beberapa program Edu-Tourism yang telah diadakan ialah IMT GT Elementary Olympiad Championship & Cultural Exchange, Kejohanan Olimpik Asia Tenggara & Bengkel Warisan Budaya, Kejohanan Olimpik Asia Pasifik & Bengkel Pelancongan Lestari, dan Program Pertukaran Pelajar & Penerapan Budaya.

“Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk melawat sekolah-sekolah dalam program Edu-Tourism di Terengganu. 

“Langkah ini memberi memberi peluang kepada semua pelajar di Asia Tenggara dan Asia Pasifik untuk menyertainya,” ujarnya kepada pemberita.

Dalam pada itu, beliau mengharapkan hubungan kerjasama Acheh Barat dan Koperasi Homestay Teluk Ketapang dapat memperkasakan Pelancongan Homestay Patuh Syariah menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.


Tag :

Artikel Berkaitan