Khidmat Malaysia Anjur Dapur Rakyat Ringankan Beban Mangsa Banjir
KUALA TERENGGANU, 1 Mei - Kerajaan Terengganu bersetuju untuk menggantikan cuti peristiwa yang diberikan pada 5 Mei sebelum ini kepada 4 Mei.
Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira Hari Raya Aidilfitri jatuh pada esok, 2 Mei.
"Minggu lalu kerajaan negeri mengumumkan Hari Kelepasan Am pada 5 Mei hari Khamis jika hari raya puasa jatuh pada 3 Mei (Selasa) dan cuti terbatal sekiranya hari raya pada 2 Mei.
"Namun, selepas meneliti beberapa perkara, suka untuk saya umumkan bahawa cuti peristiwa tetap diberi dan diawalkan sehari iaitu pada 4 Mei, hari Rabu," katanya ketika dihubungi UPDI sebentar tadi.
Kata beliau, pihaknya memberi cuti peristiwa itu bagi membolehkan seluruh masyarakat di Terengganu menyambut perayaan dengan penuh meriah bersama keluarga.
"Sudah dua tahun kita beraya dalam suasana penuh keterbatasan, jadi raya kali ini pasti memberi banyak makna kepada kita.
"Semoga seluruh rakyat negeri ini dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri kali ini dengan penuh harmoni," jelasnya.