• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Terengganu Bantu Pasar Produk Usahawan Secara Percuma

KUALA TERENGGANU, 8 Disember - Kerajaan negeri telah membantu memasarkan produk 100 usahawan yang terpilih secara percuma melalui program Digital Marketing Bootcamp.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, pihaknya sentiasa menyokong usaha usahawan Terengganu untuk meningkatkan pasaran mereka.

"Tujuan program ini dianjurkan bagi merealisasikan kursus jualan dan pemasaran secara atas talian yang bertujuan memberi kefahaman secara “hands on” berkaitan pemasaran secara atas talian bagi meningkatkan jualan usahawan di Negeri Terengganu.

"Pemilihan peserta kursus ini adalah berdasarkan beberapa kriteria seperti jualan RM10 ribu hingga RM50 ribu sebulan, usahawan mempunyai laman facebook yang aktif dan kriteria utama sudah pasti usahawan tersebut merupakan usahawan negeri Terengganu," ujarnya ketika dialog di Duyung Marina & Resort. 

katanya, kelas pemasaran yang dijalankan pada hari pertama program merupakan kelas praktikal di mana peserta progam belajar dan terus siapkan 20 iklan dengan bajet yang minimum. Kelas marketing disampaikan oleh guru facebook ads yang telah dicadangkan oleh ramai usahawan,  Abdul Aziz Mustapha Kamal (Aziz MK) dari GymFBads.

"Hari kedua program pula di sambung dengan kelas closing sale oleh Dharma syamim fikri Dharma Mulya (Sir Dharma). Peserta diketengahkan dengan teknik closing yang telah terbukti dan juga diberi SOP closing yang betul dan infektif," ujarnya. 


Tag: