• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Terengganu Beralih Ke Fasa 4 PPN Isnin Ini

KUALA TERENGGANU, 22 Oktober - Terengganu dan Johor bakal beralih dari Fasa 3 ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Isnin ini, 25 Oktober 2021.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dipersetujui Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 mengambil kira penilaian risiko semasa yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi negeri-negeri yang memasuki Fasa 4 adalah sama dengan sebelum ini.

“Keterangan SOP terkini akan dikemaskini oleh MKN di laman sesawang rasmi www.mkn.gov.my,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehingga kini, tiada negeri atau wilayah yang berada di Fasa 1 dan 2, dan hanya tinggal tujuh lagi negeri berada di Fasa 3 iaitu Perlis, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Kedah, Sabah dan Sarawak.