• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

Terengganu Berjaya Lahir 266 PASTI

KUALA TERENGGANU, 4 Februari – Terengganu berjaya mewujudkan 266 buah Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI) yang mempunyai seramai 1,352 orang tenaga pengajar dan 15,575 orang pelajar sehingga tahun 2024.

Ahli Jawatankuasa PASTI cawangan Kuala Terengganu, Khairul Ammarnizam Khamaruzaman berkata, PASTI merupakan institusi pendidikan pra sekolah yang telah bergerak hampir 40 tahun dahulu.

Katanya, ia dengan Misi untuk melaksanakan program pendidikan yg cekap, berkualiti dan berkesan bagi menjadikan PASTI pilihan utama masyarakat di Malaysia. 

“Di kesempatan ini, saya merakamkan ucapan tahniah kepada PASTI cawangan Kuala Terengganu yang telah berjaya mendapat Johan bagi acara Kalam Jamaie peringkat kebangsaan yang berlangsung di Perlis baru-baru ini.

Khairul Ammarnizam Khairul Ammarnizam Khamaruzaman sedang berucap ketika majlis berkenaan.
Khairul Ammarnizam Khairul Ammarnizam Khamaruzaman sedang berucap ketika majlis berkenaan

“Marilah sama-sama kita memastikan anak-anak kita selesa dan mendapat didikan agama seawal usia mereka empat, lima dan enam tahun,” katanya ketika Majlis Anugerah Prestasi PASTI Al-Huda dan Fardhu Ain bertempat di cawangan Tanjung di sini semalam.

Tambah Khairul, pihaknya berharap agar kerjasama dan semangat persaudaraan di kalangan guru-guru dan ibu bapa, sentiasa erat bagi melahirkan kanak-kanak soleh pintar di Malaysia melalui pendidikan prasekolah berteraskan islam akan tercapai.

“Semoga mereka tumbuh dan membesar dalam suasana Islam agar mereka mampu menjadi pejuang agama Allah SWT suatu masa nanti, InshaAllah,” ujarnya.

Ustaz Ahmad Zuhhad Abdul Rahman sedang menyampaikan hadiah
Ustaz Ahmad Zuhhad Abdul Rahman sedang menyampaikan hadiah.

Tag: