• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Terengganu Berkabung Selama Lima Hari

KUALA TERENGGANU, 3 Ogos- Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin telah mengampuni perkenan tempoh berkabung selama lima hari bermula hari ini, setelah kemangkatan Bonda Baginda, Yang Teramat Mulia (YTM) Tengku Besar Terengganu Fatimah @ Sharifah Nong Alsagoff Abdillah awal pagi ini.

Melalui kenyataan dikeluarkan Dato' Pengelola Bijaya DiRaja, Pejabat DYMM Sultan Terengganu, tempoh berkabung adalah sehingga 7 Ogos 2023.

Sehubungan itu, lelaki beragama Islam hendaklah memakai satu inci lilitan kain putih pada songkok, dan bagi lelaki bukan beragama Islam hendaklah memakai satu inci lilitan kain putih pada songkok serta selilit kain hitam selebar tiga inci di lengan kiri baju dan memakai tali leher berwarna hitam.

Manakala, bagi perempuan beragama Islam hendaklah memakai tudung berwarna putih dan perempuan bukan beragama Islam hendaklah memakai selilit kain hitam selebar tiga inci di lengan.

Allahyarhamah YTM Tengku Besar Terengganu mangkat pada jam 3.17 pagi, di Kuala Lumpur.

Jenazah Allahyarhamah dibawa ke Kuala Terengganu dengan menaiki pesawat khas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) pada jam 2.45 petang tadi.

Jenazah Allahyarhamah selamat dimakamkan pada jam kira-kira jam 6.10 petang di Makam DiRaja Masjid Muktafi Billah Shah.

image widget


Tag: