• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

'Terengganu Bermunajat’ Pada Malam Tahun Baru

KUALA TERENGGANU, 1 Januari – Program ‘Terengganu Bermunajat' menghiasi Sambutan Tahun Baharu 2023 di negeri ini pada malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Penerangan dan Dakwah Negeri, Mohd Nor Hamzah berkata program itu  diteruskan dengan harapan supaya kehidupan rakyat diberkati oleh Allah S.W.T serta dikurniakan kesejahteraan dan keberkatan hidup.

“Berbagai-bagai ujian yang telah kita lalui pada tahun 2022 dengan penuh liku-liku kehidupan yang penuh mencabar.

“Semoga kita termasuk golongan yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan oleh Allah S.W.T kepada kita semua,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Terengganu Bermunajat bertempat di Masjid Jamek Pengadang Baru di sini semalam.

Tambah Mohd Nor, beliau berharap agar rakyat mengambil kesempatan untuk berdoa kepada seluruh pimpinan di negeri ini.

Jelasnya lagi, supaya Allah S.W.T memberi kekuatan kepada mereka agar amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan lebih baik pada tahun hadapan.

Justeru, bagi mendapat kebaikan dan kesejahteraan kepada negeri, rakyat dan agama di dunia mahupun akhirat.

 


Tag: