• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Terengganu Bina 'Baitul Ummi' Pusat Penjagaan Warga Emas

KUALA NERUS, 6 Oktober - Baitul Ummi iaitu sebuah Pusat Jagaan Harian Warga Emas akan siap dibina menjelang akhir tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata pembinaan Baitul Ummi itu disasarkan akan dibina setiap daerah di negeri Terengganu.
 
Katanya, kita sepatutnya telah proses pada bulan enam yang lepas tetapi ada masalah yang tidak dapat dielakkan.
 
“Buat masa ini yang saya tubuhkan ialah ‘Raudhatul Jannah' di DITC, Kemaman yang mana pada asalnya untuk menempatkan budak-budak gelandangan.
 
“Kita amat prihatin terhadap nasib mereka bukan sahaja ketinggalan dari segi ilmu tetapi turut mengalami masalah keluarga,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas Merasmikan Majlis Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Terengganu 2022 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini semalam.

 
Turut hadir, Pengarah JKM negeri Mazura Ngah Abd Manan dan Naib Canselor UMT Prof Datuk Dr Mazlan Abd Ghaffar.
 
Tambah Hanafiah, setakat ini sudah hampir 60 orang pelajar yang berada di DITC tersebut.
 
Turut berlangsung pada majlis berkenaan penganugerahan Warga Emas yang menjadi manifestasi penghormatan, penghargaan dan keprihatinan kepada sumbangan, peranan dan kesejahteraan warga emas dalam beberapa bidang tertentu.
 
“Statistik di Malaysia merekodkan bilangan warga emas adalah seramai 3.6 juta orang dan di Terengganu khasnya adalah seramai 170,000 orang,” katanya.
 

 

 

Tag: