• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Terengganu Bina Tiga Perumahan Nelayan

SETIU, 3 April – Kerajaan negeri melengkapkan tiga projek perumahan penempatan semula nelayan (PSN) selepas PSN di Seberang Penarik, Setiu menjadi lokasi ketiga.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, projek berkenaan merupakan penutup kepada PSN di Terengganu. 

“Sebelum ini kita telah lancarkan projek PSN di Pulau Sekepeng, Kemaman serta di Beting Lintang, Besut dengan 50 buah rumah bagi setiap tapak.

“Kos pembinan rumah ini ditampung bersama antara kerajaan persekutuan melalui LKIM (Lembaga Kemajian Ikan Malaysia) serta kerajaan negeri sebanyak RM24 juta,” ujarnya ketika ditanya pemberita selepas majlis pecah tanah PSN terbabit baru-baru ini.

Dr Azman turut berkata, usaha pembinaan PSN itu merupakan antara komitmen kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup para nelayan selain menyalurkan peralatan dan kit menangkap ikan.

“Rumah tersebut berharga RM54,000 dengan harga subsidi dan pemilik terpilih perlu membayar hanya RM180 sebulan selama 25 tahun.

“Hari ini juga kita telah menyempurnakan pemberian 90 lesen kepada nelayan sampan dan mencecah 500 lesen diluluskan sejak puluhan tahun isu ini tergantung,” tambahnya dalam Majlis Perasmian Pecah Tanah Projek Perumahan Penempatan Semula Nelayan (PSN) di tapak projek PSN Seberang Penarik, Setiu baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau turut berkata kerajaan komited menyelesaikan isu nelayan yang berkait dengan lesen, kekurangan sumber dan pencerobohan perairan negara.

 


Tag: