• 16 Apr 2024 | 7 Syawal 1445

Terengganu Capai 63.6 Peratus Populasi Dewasa Lengkap Vaksin

KUALA TERENGGANU, 9 September - Sejumlah 63.6 peratus populasi dewasa di Terengganu telah lengkap menerima vaksin, setakat semalam.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan, 87.9 peratus populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurang satu dos vaksin.

Dari segi populasi keseluruhan pula, 56.4 peratus penduduk di negeri ini sudah menerima dos pertama, manakala 40.8 peratus pula lengkap divaksin.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr Adham baba memaklumkan dengan jumlah rakyat yang semakin ramai menerima suntikan vaksin itu merupakan petanda yang baik bahawa usaha kerajaan selama ini melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berhasil.

Di samping menurutnya akan berlaku penurunan kadar vaksin harian negara, di mana ia dijangka akan terus menurun pada minggu-minggu seterusnya.

 


Tag: