• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Terengganu Catat Penggunaan Katil Tertinggi

KUALA TERENGGANU, 8 Disember - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan Terengganu mencatatkan penggunaan katil tertinggi iaitu 67 kes atau 86 peratus.

Ia diikuti kedah (43 kes atau 80 peratus), Kelantan (97 kes atau 79 peratus), Melaka (22 kes atau 78 peratus) dan Johor 72 peratus.

Berdasarkan laman sesawang COVIDNOW, penggunaan katil di wad ICU di seluruh negara adalah 58.6 peratus atau 437 orang dengan 39.2 peratus pesakit.

Daripada jumlah itu, 197 pesakit berkenaan memerlukan alat bantuan pernafasan dan 240 lagi tidak memerlukannya.

Sementara itu bilangan pesakit yang dimasukkan ke hospital adalah seramai 1.036 orang, merangkumi 36 peratus, berbanding kadang penggunaan katil keseluruhan kira-kira 67.6 peratus.

KKM turut melaporkan 66 kematian baharu akibat jangkitan wabak berkenaan sehingga tengah malam tadi, sembilan daripada 66 kematian tersebut dilaporkan berlaku di luar hospital (BID) menjadikan seramai 6,126 terkorban.

Laman web terbabit turut mengesahkan terdapat 60,411 kes aktif di seluruh negara, dan daripada jumlah berkenaan seramai 49,279 individu atau 81.6 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah.


Tag: