• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Terengganu Catat Peningkatan Kemasukan Ke Hospital Akibat Omicron

KUALA TERENGGANU, 6 Februari - Terengganu merupakan antara 11 negeri yang mencatatkan pola peningkatan kemasukan pesakit ke hospital disebabkan Covid-19 varian Omicron dalam tempoh tujuh hari lalu.

Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Putrajaya mencatatkan jumlah tertinggi dengan 16 pesakit baharu dalam tempoh berkenaan, disusuli Melaka (67 peratus), Pulau Pinang (62 peratus), Perak (48 peratus), Sabah (44 peratus), Perlis (38 peratus), pahang (23 Peratus), Kedah (14 Peratus), Sarawak (enam peratus) dan Selangor (lima peratus).

Pertambahan kes baharu di 11 buah negeri tersebut bagaimanapun dilihat belum membebankan sistem kesihatan awam berikutan jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke unit rawatan rapi (ICU) serta pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan, masih mencatatkan jumlah penurunan.

Setakat semalam, kadar penggunaan ICU bagi kes di hopital kerajaan seluruh negara adalah pada kadar 52 peratus dan kadar pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah 33 peratus.

Ini menunjukkan pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital ketika ini adalah bergejala ringan dan sederhana serta bukan kes serius dalam kategori empat dan lima, berkemungkinan kerana kadar vaksinasi yang dicapai dalam negara pada ketika ini.

Sehingga semalam. 97.9 peratus atau lebih 22.79 juta penduduk berusia 18 tahun ke atas di Malaysia sudah lengkap divaksin dengan 52.6 peratus atau lebih 12.3 juta penduduk dewasa sudah menerima dos penggalak.

Manakala 88.7 peratus atau lebih 2.79 juta remaja berusia 12 hingga 17 tahun sudah lengkap menerima vaksin.


Tag: