• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Terengganu Dahului Perkembangan JENDELA

MARANG, 23 Mac – Terengganu menjadi negeri terawal berbanding negeri lain di seluruh negara yang melepasi perkembangan positif inisiatif JENDELA sejak dimulakan pada tahun 2020.

Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Terengganu, Zahari Ismail berkata, hal itu dibuktikan dengan pengoperasian menara telekomunikasi lebih awal berbanding sasaran awal.

“Daripada 65 buah menara baru bagi inisiatif ini, sebanyak 46 telah kita ‘hand-over’ bagi kerja pengoperasian.

“Garis masa JENDELA terbahagi kepada dua bahagian iatu bahagian satu dan dua. Bagi bahagian satu sasaran kita adalah pada Oktober 2022 bagi menyiapkan Menara itu.Bagi bahagian dua pula adalah menyediakan peralatan bagi operasi dalam Julai 2023,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan Lawatan ke Menara JENDELA bawah seliaan MCMC di Kampung Padang Limau Nipis, Marang di sini baru-baru ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman

Menara komunikasi tersebut beroperasi secara ‘Multi Operator Core Network’ (MOCN) dengan kerjasama Theta Edge Berhad, CelcomDigi, Terengganu Communications Sdn Bhd (TCOMM) dan Koridor Utiliti Teknologi Terengganu (KUTT).

Sehingga kini, capaian komunikasi di negeri ini telah mencapai sekitar 97.4 peratus berbanding 96 peratus sebelum ini dengan jaminan Kerajaan Negeri sentiasa berusaha mengatasi masalah liputan di seluruh Terengganu.

 


Tag: