• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Terengganu Diramal Banjir Khamis Ini

KUALA TERENGGANU, 26 Disember – Banjir dijangka akan melanda beberapa kawasan di Terengganu bermula 30 hingga 31 Disember ini.

Menurut kenyataan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) semalam, jangkaam itu dikeluarkan susulan Ramalan Cuaca Signifikan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bagi tarikh 25 Disember hingga akhir tahun ini.

“Aras air Sg. Dungun di Kampung Pasir Raja dijangka akan melepasi aras BAHAYA tarikh tersebut. Oleh itu, kawasan rendah di daerah Dungun serta kawasan sekitarnya berisiko mengalami bencana banjir.

“Justeru, JPS mengingatkan orang awam agar bersiap sedia dan sentiasa waspada serta mematuhi arahan pihak berkuasa untuk tindakan lanjut,” katanya.

Terdahulu, TRDI melaporkan semua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di Terengganu ditutup sepenuhnya pada 21 Disember susulan penurunan banjir gelombang kedua.